Saturday, January 1, 2011

Sukar tiDok.......!!!

.........upanya inila dugaan yang harus dirasai.........3 malam turut2 tidak dapat tidok yang nyeyak....asyik2 terkejut, kepala sakit sangat2....pening....cuba melelapkan mata tapi tak dapat....uyhuuu2....aku rasai apa yang sama drasai bila tiba exam masa belajor dulu2....arghhhhhhh...ngantok..hanya TUHAN yang tau...mulut nih tak habis2 bace per yg terlintas gan selawat bnyak2..nak tidoknyer......

                                        

tip yang aku perolehi.......bila merasai kekejangan pada kaki, tekankan kaki anda pada dinding atau berdiri pada kaki yang kejang boleh mengurangkan kekejangan. kekurangan kalsium boleh menyebabkan kekejangan berlaku lebih kerap, jadi pastikan anda mendapat cukup kalsium, seperti dengan meminum susu. Jantung yang selalu berdebar mungkin disebabkan oleh kekurangan darah (anemia). Pastikan anda memberitahu doktor tentang masalah ini dan mendapat suplemen zat besi yang secukupnya
Posisi yang terbaik untuk tidur semasa mengandung ialah dengan berbaring secara mengiring dengan lutut separuh membengkok. Ini membolehkan jantung anda bekerja dengan lebih baik kerana darah lebih senang mengalir ke jantung.
Sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba membuat experimen dengan meletakkan lebih bantal semasa berbaring. Seperti satu bantal dibawah perut, satu dicelah kedua kaki, satu bantal yang padat pada bahagian bawah belakang, atau satu bantal lagi pada bahagian kepala.
Selalu bangun untuk membuang air kecil diwaktu malam adalah biasa, kerana bayi yang semakin membesar semakin memberi tekanan pada pundi kencing, ini memang tidak dapat dielakkan tetapi, dengan mengurangkan minum air sebelum anda masuk tidur mungkin boleh membantu.
Kurangkan meminum miniman bercafin seperti teh, kopi dan minuman bergas kerana buah pinggang akan memproses lebih air kencing. Cuba tidur secara mengiring.
Sekiranya anda merasa tidak selesa pada bahagian ari-ari, anda mungkin mengalami jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing. Jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya ketakutan tentang kelahiran yang membuatkan anda merasa sukar tidur, sertailah kelas antenatal. Disini anda akan diberitahu tentang apa yang akan berlak semasa proses bersalin dan senaman yang perlu untuk membantu anda bersalin. Ia juga satu tempat untuk anda bertanyakan soalan
Berbincanglah dengan doktor sekiranya anda merasa takut. Perasaan takut tentang keadaan anak anda semasa lahir adalah sangat biasa.
Ingat, pil tidur memang tidak digalakan tetapi sekiranya sudah tiada jalan lain, ia tidak merbahaya sekiranya ia tidak mebuatkan anda merasa letih. Daripada duduk diatas katil tanpa berbuat apa-apa, adalah lebih memberikan kepuasan untuk bangun dan membuat sesuatu yang memberi berfaedah.
Bacalah buku, mendengar muzik, melayari internet, mandi, menonton  TV atau menjahit. Selepas membuat sesuatu yang memberikan kepuasan, anda akan merasa lebih senang untuk tidur.
Banyak wanita yang mendapat menafaat dari senaman ringkas dan mendengan muzik yang menyenangkan.  Sekiranya anda merasa letih disiang hari, cuba tidur sekejap.

No comments:

Post a Comment